Nov 18, 2014

Panduan dan pedoman buat kita..


RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
Hadith Riwayat Muslim

Sep 13, 2013

Jom Jamu Mata...


Setiap ratusan ribu batu perjalanan bermula dengan langkah pertama. Jadi tak banyak yang saya nak tulis disini, jom lah jamu mata dengan projek-projek pertama saya dalam dunia jahitan..   


Sep 11, 2013

Terapi minda

Assalamualaikum



Lama tak bersua kan? Dari entry yang terakhir di bulan Ramadhan dan sekarang Syawal pon sudah berlalu. Sejujurnya  saya masih bergelut dengan masa, hmmm  mcam mana tu??


Saya ibu beranak dua, bekerja makan gaji 8-5, berniaga produk kesihatan dan saya memilih jahitan sebagai satu terapi minda.. dengan izin yg maha Esa mudah-mudahan menjadi terapi dompet apabila mampu hasilkan baju, tudung dan beg untuk diri sendiri. 


Dahulu jahitan sangat asing bagi diri saya, projek kemahiran hidup sekolah pon saya minta sahabat baik emak saya yang jahitkan. Yupp tak baik kan??? mengelat..

Timbul rasa ingin belajar menjahit bila susah sangat nak jumpa tukang jahit yang memuaskan hati setiap kali ingin menempah baju kurung (jerr..) 

Sekarang ni saya seronok sangat sebab dah pandai jahit walaupon masih dalam kategori beginner.

Ohh ya.. kelas jahitan pertama yang saya hadiri ialah belajar teknik jahitan tudung. Selain dapat kemahiran menjahit tudung saya juga dapat tiga orang kawan baru!! Seronok sangat...